Home » , » Pasangan khalwat dalam kereta di pantai batu buruk didenda

Pasangan khalwat dalam kereta di pantai batu buruk didenda


KUALA TERENGGANU - Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM2,700 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan terhadap sepasang kekasih selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di dalam sebuah kereta.
(Gambar Hiasan)
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas kedua-duanya, masing-masing berusia 24 dan 26 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Pasangan kekasih itu mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta di kawasan Pantai Batu Burok, di sini, kira-kira jam 1.20 pagi, 16 September tahun lalu.

Pemeriksaan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram.

Sementara itu, di mahkamah sama, Kamalruazmi turut menjatuhkan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan terhadap seorang pemandu lori selepas ditahan berkhalwat bersama pasangan di sebuah bilik di rumah tumpangan pada November tahun lalu.

Kamalruazmi membuat keputusan itu selepas dia berusia 25 tahun mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dan pasangannya berusia 26  tahun didakwa melakukan khalwat di sebuah bilik di rumah tumpangan di Jalan Cherung Lanjut, di sini kira-kira jam 3.09 petang pada 24 November 2013.

Pasangannya yang bekerja sebagai tukang jahit di daerah ini turut dikenakan hukuman sama iaitu denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan kedua-dua kes berkenaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu manakala pasangan berkenaan tidak diwakili peguam.
--Hmetro

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger