Home » » Ibu temani anak 12 tahun gugur janin

Ibu temani anak 12 tahun gugur janin


BANTING - Klinik yang menyediakan khidmat menggugur janin secara haram di daerah ini bukan saja menerima kunjungan pasangan kekasih termasuk remaja, malah lebih mengejutkan ada antara ‘pelanggan’ membabitkan budak perempuan berusia 12 tahun ditemani ibunya.
Itu pendedahan dibuat seorang bekas pekerja klinik berkenaan yang mengambil keputusan berhenti kerja selepas tidak mahu lagi terus bersubahat dengan perkhidmatan yang melanggar hukum Tuhan dan manusia itu.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Ariana, 30-an, berkata, dia juga insaf kerana seakan-akan menerima ‘balasan segera’ daripada Allah apabila tiga kali keguguran serta sukar mendapatkan zuriat selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Sebagai seorang Islam, saya rasa seperti bersubahat ketika bekerja di situ, malah jika ditanya tempat bekerja, saya terpaksa menipu untuk mengelak daripada dipandang serong masyarakat sekeliling, lapor Hmetro.
“Ini kerana kebanyakan penduduk di daerah ini sedia maklum yang klinik berkenaan amat dikenali kerana menawarkan khidmat menggugurkan janin secara haram,” katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger