Kenyataan Media Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Mengenai Isu MH 370
Terlebih dahulu Saya ingin mendoakan agar keluarga penumpang MH 370 terus tabah dan diberikan segala kekuatan oleh yang maha esa dalam menghadapi detik paling sukar dalam kehidupan mereka. Tragedi ini sebenarnya merupakan sesuatu kemalangan dan malapetaka yang tidak diingini oleh mana – mana pihak. Saya mengharapkan agar rakyat Malaysia dari segenap lapisan dapat bersatu padu untuk mempertahankan negara daripada media asing yang mengambil kesempatan daripada tragedi ini untuk melancarkan serangan membabi buta terhadap Kerajaan Malaysia.
Rakyat Malaysia bebas memiliki ideologi politik yang berbeza, tetapi ketika imej dan kedaulatan negara terancam oleh serangan yang tidak berasas dari pihak luar, adalah menjadi kewajiban kepada kita untuk bersatu padu dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada negara.
Saya ingin menyeru kepada anggota Red Bean Army supaya tidak mengeruhkan lagi suasana dengan mempolitikan tragedi MH 370 secara melampau. Ingatlah bahawa tindak tanduk mereka yang melampau ini boleh memberikan kesempatan kepada golongan yang tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan ketegangan dalam negara.
Pihak berkuasa seharusnya lebih tegas terhadap mereka yang sengaja mencabar kedaulatan dan imej negara. Mereka bebas bersuara tapi kekebasan ini bukan bermakna mereka boleh bercakap apa saja tanpa batasan.
Komen-komen ketertaluan oleh anggota. Red Bean Army boleh diibaratkan sebagai tindakan yang tidak menghormati keluarga dan mangsa – mangsa MH 370.
Selain itu, cubaan anggota RED BEAN ARMY melancarkan kempen di laman-laman mereka supaya Perdana Menteri kita meletak jawatan atas tragedi MH 370 juga merupakan sesuatu tindakan yang tidak patut dan perlu dikutuk.
Media – media barat seperti CNN , Fox News dan lain – lain yang melaporkan berita tragedi MH 370 dengan sambil mengaitkan rakyat Malaysia beragama Islam adalah terrorist merupakan sesuatu yang tidak beretika dan tidak masuk akal .
Tragedi ini langsung tiada sebarang kaitan dengan anutan agama. Pihak media barat seharusnya lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka.
Walaupun saya bukan seorang Muslim tetapi tohmahan yang dilemparkan ke atas masyarakat Islam Malaysia adalah merupakan sesuatu yang perlu dikecam..
Saya mengharapkan media – media barat akan menghentikan laporan – laporan berbentuk fitnah dan tohmahan terhadap negara dan rakyat Malaysia.
Selain itu , bagi ramai pihak yang cuba menyalahkan kerajaan Malaysia dalam tragedi ini, kita perlu mengakui hakikat bahawa malapetaka sebegini juga tidak diingini oleh kerajaan kita dan kerajaan telah melakukan segala yang mampu untuk menangani tragedi ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim , Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tidak seharusnya terus mengeksplotasi tragedi MH 370 demi kepentingan politik mereka.
Politik jijik dan kotor sedemikian seharusnya dihentikan. Tragedi MH 370 bukan isu politik dan ia tidak sepatutnya dibawa ke pentas politik.
"Sekirannya Pakatan Rakyat merasakan mereka mampu melakukan dan menyelesaikan tragedi ini lebih baik daripada pihak kerajaan maka saya ingin mencabar mereka untuk mencari pesawat MH 370 yang tidak mampu dijumpai oleh 26 negara lain setakat ini meskipun dilengkapi dengan segala teknologi serba canggih"
Tindakan fitnah dan tohmahan yang sengaja mahu memalukan dan mencalar imej negara tidak kira daripada pihak dalaman mahupun luar seharusnya dihentikan.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Catat Ulasan