Home » » Satelit Jepun rakam 10 objek terapung, berkemungkinan MH370

Satelit Jepun rakam 10 objek terapung, berkemungkinan MH370



KUALA LUMPUR: Agensi berita Jepun melaporkan bahawa satelit negara itu berjaya merakamkan 10 objek terapung berhampiran Australia, dipercayai berkemungkinan ada kaitan dengan  pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan AFP, agensi berita Kyodo dan Jiji berkata bahawa objek berkenaan dilihat kira-kira 2,500km ke barat daya Perth.

Pusat Perisikan Kabinet Satelit Jepun berkata objek berkenaan dianggarkan berukuran lapan meter panjang dan empat meter lebar.

Agensi berita berkenaan juga melaporkan bahawa objek berkenaan dilihat di kawasan yang sama dimana beberapa objek lain ditemui sebelum ini.

Jiji memetik kata-kata seorang pegawai kerajaan bahawa objek berkenaan “berkemungkinan besar” adalah bangkai pesawat MH370. Jepun sudahpun menyampaikan maklumat berkenaan kepada Malaysia.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/satelit-jepun-rakam-10-objek-terapung-berkemungkinan-mh370-32684?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger