1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Jemaah tunai solat hajat - Pray MH370
Shah Alam: Prihatin dengan insiden yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, jemaah di Surau Al Mawaddah Seksyen 7, di sini, menunaikan solat hajat selepas solat Zuhur, semalam.
Solat hajat itu diadakan bagi memohon mempermudahkan usaha mencari dan menyelamat anak kapal dan penumpang pesawat itu yang masih gagal ditemui selepas terputus hubungan dengan menara kawalan udara Subang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Sementara itu, keluarga juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dikatakan sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus insiden itu dilaporkan dan kediaman mereka didapati sudah kosong.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, keluarga Zaharie bergegas pergi ke KLIA kira-kira jam 7 pagi semalam selepas beberapa kakitangan MAS hadir memaklumkan mengenai insiden itu.
--hmetro


Catat Ulasan