KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370: Interpol kenal pasti seorang lagi rakyat Iran
Interpol membuat pengesahan identiti seorang lagi rakyat Iran yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Sabtu dengan menggunakan pasport palsu Itali.
Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble mengenal pasti lelaki itu sebagai Delavar Syed Mohammad Reza, 29.
Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Perancis yang disiarkan CNN hari ini.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan di Kuala Lumpur bahawa seorang rakyat Iran bernama Pouri Nourmohammadi, 19, yang dipercayai dalam perjalanan ke Jerman untuk mencari perlindungan, menggunakan pasport Austria untuk menaiki pesawat itu.
Khalid berkata, pemuda itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kumpulan pengganas dan emaknya menghubungi pihak berkuasa Malaysia apabila mendapati anaknya itu tidak sampai di Frankfurt.
Noble berkata, dua lelaki berkenaan memasuki Malaysia menggunakan pasport Iran dan kemudian menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri.
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Sebelum ini, pihak berkuasa mendedahkan dua lelaki itu menaiki pesawat berkenaan dengan menggunakan pasport yang dilaporkan dicuri di Thailand beberapa tahun lalu. - Bernama, 11 Mac, 2014.
Labels:
Disaster
Catat Ulasan