Home » » 4 suspek berjaya diberkas

4 suspek berjaya diberkas


KUALA LUMPUR  - Polis berjaya menahan empat suspek yang dipercayai baru selesai melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan Cheras, di sini hari ini.
Difahamkan, dalam insiden kira-kira pukul 1 petang itu, keempat-empat suspek diberkas polis peronda selepas mengejar mereka beberapa kilometer dari lokasi kejadian.
Menurut sumber, kesemua suspek yang menaiki kereta jenis Toyota Vios tersebut cuba meloloskan diri dengan memecut sehingga ke Taman Len Sen, Cheras.
“Bagaimanapun, anggota peronda berjaya memintas dan menahan kesemua mereka. Kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai kenderaan curi dan kesemua mereka dibawa ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, lapor Utusan.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger