Home » » Bayi dalam kandungan terjatuh dalam lubang tandas

Bayi dalam kandungan terjatuh dalam lubang tandas


KUALA TERENGGANU – Mayat seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemukan dalam lubang tandas rumah sewa pelajar sebuah kolej swasta di bandar raya ini, awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner K. Manoharan yang mengesahkan demikian memberitahu, ibu bayi itu dipercayai sakit perut kira-kira pukul 2.30 pagi, lalu memasuki tandas dan bayi dalam kandungan terjatuh.
Kejadian disedari oleh salah seorang daripada lima penghuni rumah sewa berkenaan setelah ternampak rakannya terlentang di dalam tandas.
Pelajar itu yang berusia 21 tahun dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan, lapor Utusan.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger