Home » » Bayi maut tertelan skru

Bayi maut tertelan skru



JERTEH: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut akibat tertelan skru berukuran dua sentimeter dalam kejadian di Felda Selasih, dekat sini, petang semalam.
(Gambar YUSMADI Yusof, 32, dan Nor Faizah Mat Deris, 23, menunjukkan imej bayi mereka yang maut tertelan skru.)
Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan termuntah beberapa kali dan dibawa ibu, datuk dan neneknya ke Hospital Dungun.
"Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sebelum sempat tiba di Hospital Besut," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa oleh kakitangan Hospital Besut kemudiannya menjumpai sebatang skru terlekat di kerongkong bayi berkenaan.
“Skru itu berukuran dua sentimeter dengan diameter kepala setengah sentimeter. Ia disahkan Pegawai Perubatan Hospital Daerah Besut, Dr Nur afi’dah M Zulkepli memberitahu skru itu tersangkut di bahagian kerongkong yang menyekat pengaliran udara mangsa," katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger