Home » » Buruh ladang maut terkait sabit sawit

Buruh ladang maut terkait sabit sawit


LAHAD DATU: Seorang buruh ladang terbunuh terkait sabit sawit pada bahagian leher, manakala adiknya menerima tujuh jahitan pada bahagian pipi sebelah kiri selepas terkena sabit sama dalam kejadian di sebuah ladang dekat Tambisan, di sini Sabtu lalu.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Mangsa dikenali sebagai Joh Patagoc Lomactod, 33, maut semasa berada di Klinik Kesihatan Tungku akibat lehernya hampir putus terkait sabit yang dibawa adiknya ketika kedua-dua mereka menunggang sebuah motosikal ke ladang tempat bekerja.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Shamsudin Mat berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama adiknya Jemboy, 19, sedang dalam perjalanan ke ladang untuk menyabit buah sawit pada jam 6.30 pagi dengan menaiki motosikal jenis Honda Wave.
Katanya, sebaik tiba di kawasan gelanggang bola tampar yang berada di hadapan rumah kongsi mereka, dengan tidak semena-mena sabit yang berukuran 10 kaki panjang yang dipikul oleh adik mangsa itu telah tersangkut pada jaring bola tampar berkenaan lalu terkait sehingga menembusi bahagian leher sebelah kiri mangsa sebelum terkena pada pipi adiknya.
“Impak daripada kejadian itu mengakibatkan leher mangsa hampir putus manakala adik mangsa mengalami cedera di bahagian pipi. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tungku hasil bantuan majikan,” katanya, sambil menambah, akibat daripada pendarahan yang terlalu banyak mangsa kemudiannya disahkan mati.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan oleh pegawai penyiasat Insp Ali Hussin Sahina selaku Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) / Ketua Trafik Daerah (KTD).
Sehubungan itu, Shamsudin mengingatkan kepada semua buruh ladang supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, yang mana segala peralatan atau benda tajam seharusnya disimpan secara baik sebelum dibawa sama ada menggunakan motosikal atau kereta.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/04/29/buruh-ladang-maut-terkait-sabit-sawit/#ixzz30EEVwvkc
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger