Home » » Derita Suami Beristerikan Si Lesbian….

Derita Suami Beristerikan Si Lesbian….


Kuala Lumpur – Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali pada usia muda sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya.

Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki sebelum setuju berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi.

Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya dijaga sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya mencecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya.

Onar wanita ini didedahkan suami keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 32, selepas isterinya melarikan diri dari rumah sejak November lalu.

“Pada mulanya, dia menyuruh saya membeli sarapan. Apabila pulang, saya terkejut mendapati dia menghilangkan diri bersama beberapa dokumen penting miliknya.

“Saya menjadi buntu ketika itu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya. Selepas disiasat, rupa-rupanya dia melarikan diri dengan kekasihnya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Razak berkata, dia hanya engenali rakan isterinya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri.

Katanya, isterinya membawa rakannya pulang ke rumah dan hanya diperkenalkan sebagai rakan lama.

“Sepanjang setahun perkahwinan kami, saya tidak pernah mengenali rakannya. Hanya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri, baru saya mengenali wanita terbabit. Dia berperwatakan seperti pengkid dan mereka kelihatan akrab.

“Saya menyangka mereka hanya kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, tetapi sebaliknya pula berlaku. Selepas Aina menghilangkan diri, saya dapati dia dan ‘rakannya’ sering bersama, malah Aina turut memuat naik status dan gambar intim mereka berdua di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

“Saya rasa, mereka berdua mempunyai perancangan sendiri. Jika tidak, mengapa isteri saya boleh berkahwin sebanyak tiga kali dalam beberapa tahun ini?

“Firasat saya, kedua-duanya hanya mahu menipu lelaki bagi mendapatkan wang hantaran,” katanya. – Harian Metro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger