Home » » Fasa baru pencarian dasar laut

Fasa baru pencarian dasar laut


CANBERRA: Pencarian dalam air bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diluaskan lagi dan usaha di kawasan baru yang lebih besar boleh mengambil masa sehingga lapan bulan.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata, Bluefin-21 milik Tentera Laut Amerika Syarikat sudah beroperasi selama beberapa minggu tetapi gagal menemui petunjuk baru.
Pasukan mencari kini sedang mengkaji penggunaan alat baru yang boleh mengendalikan kawasan dasar laut yang lebih luas, katanya.

“Kemungkinan besar tiada serpihan terapung yang akan ditemui. Pada peringkat ini, selepas 52 hari mencari, objek akan dipenuhi air dan tenggelam.
“Oleh itu, kami akan memasuki fasa baru dengan fokus pencarian di dasar laut yang lebih luas lagi,” kata Abbot.


Usaha pencarian kini akan dibuat di kawasan seluas 700 kilometer panjang dan 80 kilometer lebar, katanya.

Pegawai Australia akan menghubungi syarikat swasta bagi penggunaan peralatan pemetaan sonar yang boleh ditunda oleh kapal dengan kos dianggarkan kira-kira AS$60 juta (RM196.23 juta), kata Abbott.

Bluefin-21 akan terus dengan operasinya sementara kontrak bagi peralatan baru ini disusun, katanya.

Sehingga kini, setiap negara yang terbabit operasi pencarian menanggung kos masing-masing tetapi Abbot berkata, Australia akan meminta sumbangan negara lain untuk menanggung kos penggunaan peralatan baru ini.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata, ia adalah operasi yang sangat besar dan memerlukan masa untuk diselesaikan.

“Jika semua berjalan lancar, operasi ini boleh selesai dalam masa lapan bulan,” katanya.

Namun, tempoh itu tidak mengambil kira sebarang masalah teknikal atau cuaca. - AP
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger