KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Hari Ini Bawa Bayi, Esok Lusa Mereka Bawa Nenek Moyang Mereka Pula – Syed Ali
KUALA LUMPUR, 11 April – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan lima orang wakil rakyat DAP membawa anak kecil ke Parlimen baru-baru ini sebagai satu lagi perbuatan tidak masuk akal.
“Ini satu lagi perbuatan bodoh wakil rakyat DAP, sengaja cari publisiti murahan,” katanya.
Beliau berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat dicemari perbuatan bodoh dengan membawa anak kecil menyertai sidang tersebut.
“Ini bukan lagi satu tindakan bodoh tetapi secara jelas menghina kemuliaan Dewan Rakyat, institusi tertinggi dalam sistem demokrasi di negara ini,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Beliau yang juga Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan seterusnya mengecam keras perbuatan tersebut yang disifatkannya sebagai sengaja dirancang untuk menarik perhatian umum.
Bagaimanapun beliau mempersoalkan bagaimana pengawal keselamatan boleh memberikan kebenaran kepada wakil rakyat pembangkang membawa masuk anak mereka.
Tambah menjelekkan kata beliau, wakil rakyat DAP itu kemudiaannya mengadakan sidang media bersama bayi mereka.
“Mengapa bayi kecil itu diperalatkan untuk agenda politik mereka dan pihak Parlimen pula membenarkan mereka masuk, ini yang menghairankan orang ramai,” ujarnya.
Sepatutnya kata beliau, peraturan dan etika menghadiri persidangan Dewan Rakyat termasuk Dewan Negara diguna pakai bagi membendung salah laku ahlinya.
“Ini yang saya tak faham, kenapa kawalan keselamatan begitu longgar, boleh benarkan bayi masuk dewan,” tegas Syed Ali, yang peranh dilantik sebagai Senator selama dua penggal.
Beliau bimbang tindakan ‘beri muka’ kepada wakil rakyat pembangkang akhirnya akan menjadikan Parlimen sebagai pasar borong.
“Hari ini mereka bawa bayi, esok lusa mereka akan bawa masuk nenek moyang mereka ke dalam Parlimen sebab tak ada siapa yang nak haling”, katanya.-MediaUMNO
Labels:
Politics
Catat Ulasan