Home » » Hentikan Sandiwara, Bela Nasib Rakyat Seperti Dijanjikan

Hentikan Sandiwara, Bela Nasib Rakyat Seperti Dijanjikan


KUALA LUMPUR 3 April – Kerajaan DAP Pulau Pinang harus memperkotakan apa yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini yang kononnya berjuanga untuk membela nasib rakyat di negeri itu sedangkan semua itu hanyalah omongan kosong sahaja untuk menipu bagi mendapatkan sokongan.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim berkata, Pulau Pinang diperintah oleh DAP sejak 2008 lalu, tiada perubahan atau pembaikkan yang dilakukan oleh mereka untuk membela nasib rakyat negeri itu malah rakyat berpendapatan rendah terutama di kalangan peniaga kecil yang tertindas dengan pelbagai peraturan dikenakan.

“Kerajaan Pulau Pinang tidak harus berpolitik, mereka seharusnya membuktikan apa yang diperkatakan, jika sebelum ini mereka baru mengambil alih tampok kepimpinan negeri, sekarang adalah masa untuk mereka melakasnakan apa y6ang dijanjikan sebelum ini.

“Untuk mencari silap pihak lain kini bukannya masa lagi, mereka sudah memenggal kepimpinan negeri untuk tempoh penggal kedua, apakah mereka masih tidak mampu untuk melaksanakan apa yang dirancang.

“Jangan jadikan pelbagai alasan untuk menutup kelemahan, mana perjungan mereka untuk membantu golongan berpendapatan rendah terutama dalam isu menanggani masalah isu kediaman untuk golongan berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung nasib rakyat golongan berpendapatan rendah yang tidak terbela sejak kepimpinan negeri itu diperintah oleh DAP dan nasib golongan peniaga kecil terus ditindas sehingga menyukarkan mereka untuk mencari pendapatan.

“Sejak negeri ini diperintah oleh DAP, pelbagai peraturan baru yang dikenakan terhadap golongan peniaga kecil sehingga menyukarkan mereka untuk mencari makan, jika sebelum ini peniaga terbabit mudah untuk berniaga, kini perniagaanyang dijalankan sejak bertahun-tahun hilang begitu sahaja dengan pelbagai pertauran yang dikenakan.

“Jika dahulu mereka berniaga di tanah kerajaan tanpa sebarangan halangan asalkan tidak menganggu orang ramai, kini semuanya sudah tidak boleh dijalankan, alasannya kawasan perniagaan itu adalah milik kerajaan,” ujarnya.

Norliza turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang menjalankan pembangunan perumahan berkos tinggi sehingga menyukarkan penduduk asal di kawasan terbabit untuk memiliki kediaman sedangkan kediaman sebelum ini terpaksa diroboh untuk memberi laluan kepeda projek pembangunan perumhan berprofil tinggi.

“Sepatutnya kerajaan negeri menyediakan kedimana mampu milik untuk mereka yang terbabit, memang ada pampasan disediakan tetapi tidak mencukupi untuk mereka membeli kediaman yang berharga beratus ribu ringgit.

“Apa yang dilakukan itu bukan sahaja dianggap sebagai satu penginayaan tetapi sebagai satu penindasan kepada golongan berpendapatan rendah untuk terus memiliki kediaman sempurna sehingga menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kawasan yang didiami sejak berpuluh tahun sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng tidak perlulah terus bersendiwara dan bermainn politik, sebaliknya harus membuktikan kepeimpinan mereka lebih baik daripada sebelum ini dan bukannya hanya panadai bercakap sahaja. -MediaUMNO
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger