Home » » Jangan Hina, Pandang Rendah Pemikiran Masyarakat Luar Bandar, Pedalaman

Jangan Hina, Pandang Rendah Pemikiran Masyarakat Luar Bandar, Pedalaman


KUALA LUMPUR, 1 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan dari penyokong pembangkang yang berkata hanya golongan bercawat sahaja yang memilih Barisan Nasional (BN) merupakan satu kenyataan  yang melampau dan keterlaluan serta menghina masyarakat pengundi di kawasan itu.

Menurut beliau, kenyataan seperti itu jelas memperlihatkan sikap penyokong dan kepimpinan pembangkang yang memperkecilkan tahap pemikiran masyarakat di luar bandar dan pedalaman di negara ini.

“Bagi saya, sebenarnya tahap pemikiran masyarakat di luar bandar dan pendalaman adalah lebih matang dan rasional daripada golongan yang mencerca dan menghina itu. Pemikiran mereka jelas lebih tenang tanpa dipengaruhi oleh isu-isu yang bersifat pembohongan dari pihak pembangkang hari ini.

“Malah, mereka ini adalah golongan yang pernah merasai kehidupan yang susah dan sukar, dan juga melihat sendiri bagaimana usaha kerajaan dalam membangunkan kawasan mereka untuk memberikan kemudahan kepada rakyat di luar bandar dan di pedalaman di seluruh negara,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

majlis-sumbangan-bantuan-luar-bandar-pendalaman-kampung-dr-puad-zarkashi

Kata beliau, kenyataan penyokong pembangkang di laman sosial twitter itu jelas mengikut jejak langkah kepimpinan pembangkang apabila pada pilihanraya umum 2013 dulu, Datuk Seri Haji Hadi juga mengeluarkan kenyataan yang sama apabila BN menang di Sawarak.

“Sebenarnya  masyarakat pedalaman dan luar bandar sebenarnya lebih bijak untuk memilih kerajaan di mana jelas mereka menolak segala politik bohong, politik emosi dan politik persepsi yang menimbulkan pemikiran yang negatif di kalangan rakyat.

“Pembangkang silap kerana memandang rendah terhadap pemikiran masyarakat di luar bandar dan pedalaman dan oleh sebab itu, mereka gagal untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat di kawasan seperti itu.

“Pembangkang  sangkakan mereka boleh memperbodohkan rakyat dan pengundi di kawasan luar bandar tetapi ternyata jangkaan mereka meleset, kerana rakyat dan masyarakat pengundi di luar bandar lebih bijak dalam menilai dan memilih kepimpinan untuk mewakili kawasan mereka,” tegasnya.

Beliau turut menyifatkan bahawa PRK di Balingian Sarawak yang baru saja selesai  merupakan satu pukulan maut kepada PKR khususnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,  di mana jelas bahawa majoriti rakyat di sana menolak politik pembohongan dan emosi yang digunakan oleh parti tersebut.

“Jadi saya gesa agar kepimpinan pembangkang, khususnya Datuk Seri Hadi Awang agar memohon maaf di atas ketelanjuran kata-kata yang jelas menghina dan merendah-rendahkan pemikiran masyarakat di luar bandar dan pedalaman.

“Jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz boleh memohon maaf, apakah Datuk Seri Hadi sebagai seorang presiden Pas tidak boleh memohon maaf di atas ketelanjuran kata-katanya itu yang kini dicontohi pula oleh para penyokongnya pula,” akhiri beliau. -MediaUMNO
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger