SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Khalid: Arahan catuan tidak boleh ditarik balik buat masa ini
Shah Alam, 18 April
Kerajaan Selangor tidak boleh menarik balik arahan catuan bekalan air buat masa ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerana paras air mentah di empangan empangannya masih rendah.
“Kita (kerajaan negeri) tidak boleh tarik balik catuan sekarang. Ini kerana langkah itu akan menyebabkan akibat lebih buruk, air empangan akan turun lagi dengan lebih cepat,” katanya pada persidangan dewan undangan negeri di sini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibawa Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) menggesa kerajaan negeri menghentikan catuan air yang dihadapi rakyat Selangor dan kawasan sekitarnya.
Jelas Abdul Khalid, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (KeTTHA) Isnin ini untuk mencari pendekatan dan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi rakyat.
Sementara itu, Mohd Shamsudin yang ditemui pemberita di lobi dewan meminta Abdul Khalid menerima tawaran daripada Kerajaan Negeri Sembilan yang bersedia menjual air terawat dari negeri itu.
“Untuk jangka masa pendek kita perlu penyelesaian segera dan pembelian air merupakan langkah yang tepat. Kita tidak boleh tunggu sehingga paras air betul-betul di tahap kritikal,” katanya.
Labels:
Politics
Catat Ulasan