Home » » Mayat atas batu

Mayat atas batu


Jertih: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu, terjawab apabila mayatnya ditemui di atas batu berhampiran sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil, di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Md Hazmi Hanafi, 26, dari Kampung Beris Cawat, Kuala Besut, di sini, ditemui mati oleh orang awam jam 12.20 tengah hari berhampiran sebuah resort di kawasan pulau sebelum menghubungi Pondok Polis Pulau Perhentian.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek berwarna hitam, selain memakai seutas tali pinggang bertulis ‘replay’.
“Penemuan mayat itu dipercayai ada kaitan dengan laporan polis dibuat bapa mangsa pada 21 April lalu di Balai Polis Kuala Besut mengenai kehilangan mangsa,” katanya.
--Hmetro

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger