KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Mayat tergantung di bilik air hotel
IPOH - Pekerja hotel terkejut menemui mayat seorang lelaki berusia 58 tahun dalam keadaan tergantung di bilik air hotel selepas curiga pelanggan hotel yang sepatutnya mendaftar keluar tidak berbuat demikian di sebuah hotel di Jalan Dass di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihak hotel telah memecahkan pintu bilik si mati selepas panggilan telefon yang dibuat di bilik hotel terbabit tidak dijawab oleh pelanggannya itu.
“Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, pihak hotel mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku terhadap lelaki terbabit, mereka telah pergi ke bilik dan dapati ia berkunci dari dalam.
“Selepas pintu berjaya dibuka, mereka melihat ada kesan darah d iatas lantai. Pemeriksaan menyeluruh menemui si mati dalam keadaan tergantung di bilik air sebelum menghubungi pihak polis,” katanya, semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati si mati yang berasal dari Taman Rapat Damai cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya sebelum gantung.
“Kejadian ini tidak menjurus kepada jenayah selepas mendapati tiada sesiapa yang datang ke bilik si mati sepanjang dia menginap di hotel terbabit.
“Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya, lapor Sinar Harian.
Labels:
Headlines
Catat Ulasan