Home » » MH370 Diterbangkan 5,000 Kaki – Tindakan Yang Mencurigakan

MH370 Diterbangkan 5,000 Kaki – Tindakan Yang Mencurigakan


Penerbangan MH370 dipercayai diterbangkang pada ketinggian antara 4,000 hingga 5,000 kaki, dakwa sumber.

Maklumat terbaru mengenai pergerakan terakhir penerbangan itu baru mula timbul, lapor CNN.

Kapal berkenaan hilang dari radar tentera selepas 120 batu melepasi semenanjung Malaysia ke kawasan Selatan Asia.

Menurut pakar analisis CNN, Peter Goelz, juruterbang atau siapa yang menguasai kapal terbang berkenaan, menerbangkannya atas sedikit dari permukaan air dengan niat yang disengajakan.

Beliau berkata; ” Isu sebenar di sini adalah seperti ini – semakin nyata – seseorang di dalam kokpit telah mengarah kapal itu dan membawanya jauh dari daratan

“Dan kelihatan mereka bertindak demikian semacam untuk menjauhkan diri dari dikesan,” katanya.

Bagaimanapun, Bekas Inspektor Jenderal Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Mary Schiavo dilaporkan CNN sebagai tidak yakin MH370 dilarikan pengganas.

“Kita masih belum ada motif atau bukti berlaku kejadian jenayah,” katanya.

Media United Kingdom sebelum ini menyiarkan berita bersumber perisikan Rusia yang mendakwa kapal terbang berkenaan telah berjaya dilarikan ke Afghanistan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger