KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370 Nilai semula industri penerbangan ASEAN
Melaka: Persidangan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Honolulu, Hawaii, semalam sepakat memuji tindakan Malaysia dalam Operasi Mencari dan Menyelamat pesawat MH370 sebagai yang terbaik.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, gandingan 26 buah negara yang membantu dalam misi SAR menjadi bukti kerajaan Malaysia melaksanakan tanggungjawab terbaik walaupun berdepan misi luar biasa.
"Menteri Pertahanan ASEAN sepakat bahawa insiden ini luar biasa dan tidak pernah dilalui mana-mana negara di dunia.
"Pada persidangan itu juga, mereka sepakat bahawa industri penerbangan di rantau ini perlu dinilai semula dan memerlukan teknologi yang lebih canggih," kata Hishammuddin ketika hadir di Karnival Rakyat Parlimen Masjid Tanah di DUN Lendu di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang di sini.
Katanya, semua menteri pertahanan ASEAN menyokong penuh usaha yang diterajui Malaysia.
Labels:
MH370
Catat Ulasan