Home » » MH370 Ops SAR paling mahal

MH370 Ops SAR paling mahal

Perth: Kos mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dijangka bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan.

Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kos itu dikeluarkan oleh Fairfax Media yang menganggarkan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu mencecah RM160.8 juta selepas 29 hari operasi dilancarkan.

Laporan itu berkata, jumlah berkenaan melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM163.98 juta).

Kos perbelanjaan tinggi ini membabitkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.


Laporan turut berkata, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lalu berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari manakala kos HMAS Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari.
“Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta (RM30.43 juta) sepanjang pencarian di Lautan Hindi,” katanya.

Laporan yang sama turut berkata, pihak Amerika Syarikat berbelanja sebanyak $3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.

“Tentera Amerika Syarikat turut berbelanja sebanyak $3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

“Vietnam pula berbelanja $8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka,” katanya.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak $5,000 (RM16,397.50) kepada ahli keluarga penumpang dan jumlah keseluruhan menjadi $1.16 juta (RM3.8 juta).

“Malah, jumlah itu dijangka mencecah $49.18 juta (RM161.29 juta), bagaimanapun ia bukan angka keseluruhan kerana membabitkan 26 negara lain,” katanya.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata, beliau akan memberikan angka sebenar dalam masa terdekat.

“Ia memerlukan wang yang banyak,” katanya.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger