SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
MH370: ROV ganti misi Bluefin-21
Perth: Selepas 80 peratus kawasan pencarian MH370 sudah selesai, orang ramai dan waris penumpang serta kru malang itu, menunggu dengan penuh harapan langkah seterusnya yang akan diambil dalam operasi di selatan Lautan Hindi.
Persoalannya adalah sama ada Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV), yang dikenali sebagai Bluefin-21, meneruskan misinya atau diganti dengan peralatan lain memandangkan hingga kini, tiada sebarang objek berkaitan MH370 ditemui.
Dalam temu bual khas dengan media Malaysia di sini, Ketua Pegawai Eksekutif Total Marine Technology (TMT), Paul Colley, membayangkan penggunaan Kenderaan Kendalian Jauh (ROV) TMT dikenali sebagai Typhoon, dalam operasi itu.
TMT, pengeluar pelbagai jenis ROV yang berpangkalan di Australia, adalah anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Well Services, sebuah syarikat milik Malaysia.
Colley, yang juga pengasas TMT, berkata usaha mencari pesawat di dalam air memang sukar dan umpama mencari jarum di dalam timbunan jerami di planet lain kerana dunia di dalam air adalah tempat yang asing bagi manusia.
Sesuai dengan laut dalam
“Ini bukan kerana kita menggunakan khidmat orang yang tidak tepat atau peralatan yang tidak sesuai. Hakikatnya, ia membabitkan kedalaman 4,500 meter dan teknologi juga mempunyai hadnya,” katanya.
Berbeza dengan Bluefin-21, Typhoon memiliki pelbagai manipulator, pengimbas, sonar, lampu dan 16 kamera yang boleh menghantar maklumat masa nyata kepada kabel yang disambung terus ke kapal.
“Ia menggunakan kabel gentian optik, jadi video yang dirakam boleh diakses secara terus oleh operator di atas kapal,” kata Colley sambil menegaskan bahawa syarikat itu mempunyai lebih kurang 150 operator ROV, kira-kira separuh daripada mereka mampu mengendalikan Typhoon.
Satu lagi kelebihan Typhoon ialah ia boleh menyelam hingga selama empat minggu tanpa perlu timbul ke permukaan air, berbanding Bluefin-21 yang perlu timbul setiap 24 jam.
Walaupun kenderaan bersaiz lebih kurang kenderaan pelbagai guna (MPV) ini adalah seberat 5,500 kg (5.5 tan), beratnya boleh dikurangkan kepada hanya 20kg apabila menyelam di dalam air bagi memudahkan pergerakannya.
Bagaimanapun, Colley berkata, oleh kerana ROV bergerak secara bersama, pergerakannya di dalam air adalah terhad.
“Memang amat sukar menggunakan ROV di kawasan pencarian yang luas. ROV paling berkesan sekiranya anda tahu sesuatu objek berada di sesuatu tempat dan anda menggunakannya untuk mengesahkan sama ada objek dijumpai ada kaitan dengan apa yang anda cari,” katanya menjelaskan Typhoon bergerak pada kelajuan hanya tiga knot.
Tawar khidmat
Ditanya sama ada pihak berkuasa meminta bantuan pihaknya atau syarikat itu yang menawarkan diri untuk membantu mencari MH370, beliau berkata, syarikat itu memperkenalkan dirinya kepada pihak berkuasa dan bersedia berkhidmat apabila diperlukan.
TMT mempunyai 24 ROV, daripada yang bersaiz Typhoon, hinggalah sekecil beg pakaian. Typhoon dibangunkan sejak 2008 dan mula dikeluarkan pada 2012.
Labels:
MH370
Catat Ulasan