Home » » MH370 Tunggu lokasi lebih tepat

MH370 Tunggu lokasi lebih tepat


PERTH: Pasukan pencari belum lagi melepaskan kenderaan autonomi bawah air (AUV) milik Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) Bluefin 21 untuk menghasilkan peta sonar dasar laut walaupun beberapa isyarat 'ping' sudah dikesan kapal mencari penerbangan MH370.

Kapten USN Mark Matthews berkata, isyarat tersebut datang daripada kawasan beradius 20 kilometer (Km) atau keluasan 1,300 Km persegi di dasar laut.
Bluefin 21 akan mengambil masa enam kali lebih lama untuk meliputi kawasan itu berbanding penegesan isyarat 'ping' yang diguna sekarang atau 'towed pinger locator'.

'Towed pinger locator' kini masih diguna untuk mengenal pasti lokasi yang lebih tepat kerana Bluefin 21 memerlukan kira-kira enam minggu sehingga dua bulan untuk mengimbas kawasan pencarian terkini, kata Matthews.


Pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 kHz yang dikesan sebelum ini adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam


Namun, mereka belum dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat MH370.

Selain pencarian di dalam air, pasukan penyelamat juga berusaha mencari serpihan terapung di kawasan seluas 58,000 km persegi.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger