Home » » Pelakon porno bertukar jadi ‘makhluk asing’

Pelakon porno bertukar jadi ‘makhluk asing’


Tokyo – Akibat terlalu taksub dengan kecantikan, seorang pelakon filem lucah di Jepun sanggup melakukan pembedahan plastik berulang kali hingga wajahnya seiras dengan makhluk asing dalam filem Harry Potter, Dobby.
Gelaran Dobby diberikan kepada Rina Nanase oleh pengikutnya dalam twitter selepas dia memuat naik wajah terbarunya selepas pembedahan di bahagian hidung.
Nama Dobby itu menyebabkan Rina menjadi berang dan menyifatkan mereka yang memberikan gelaran tersebut sebagai cemburu dengan pembedahan yang dijalankannya.
Pelakon yang berusia 25 tahun dan menggunakan nama Rumi Kanda, sebelum ini tidak berahsia mengenai rupanya dan pembedahan kosmetik yang dilakukannya.
Dia telah menjalani pembedahan di bahagian mata, hidung dan dagu.
Ramai yang mengkritiknya kerana wajah terbarunya itu amat berbeza dengan wajah asalnya, yang lebih manis dan menawan.
Meskipun dia tidak merasakan pembedahan yang dilakukan itu memberikan kesan yang besar kepada wajahnya, namun Rina terkejut apabila mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya, lapor Mynewshub.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger