KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Pemandu kereta tersepit, lori terbalik
BINTULU: Gara-gara ingin memotong sebuah kenderaan lain, seorang lelaki patah kaki kanan serta mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Bintulu-Miri, pagi semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, pemandu kereta berkenaan dalam perjalanan menuju ke Miri manakala lori berkenaan dari arah Miri.
Kemalangan itu turut menyebabkan kereta dipandu oleh lelaki terbabit terbabas ke tepi parit, manakala lori terbabit terbalik di bahu jalan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu disusuli ambulans dari Hospital Bintulu sampai ke lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian bagi menyelamatkan mangsa.
Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam keretanya, manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bintulu bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
Read more: http://www.theborneopost.com/2014/04/30/pemandu-kereta-tersepit-lori-terbalik
Labels:
Disaster
Catat Ulasan