Home » » Penyanyi kelab era-70an mati tergantung dalam tandas

Penyanyi kelab era-70an mati tergantung dalam tandas


GEORGE TOWN - Seorang warga emas ditemui mati tergantung di dalam bilik air rumahnya di tingkat 4 sebuah flat di Jalan Macallum, Pulau Pinang  semalam.
Lim Lye Huat, 66, yang juga seorang penyanyi kelab dan terkenal ketika era 70-an di negeri itu ditemui rakannya yang ketika itu baru pulang kerja.
Menurut rakan serumahnya yang hanya mahu dikenali sebagai Leong, dia kerap mendengar mangsa sering merungut seorang diri kebelakangan ini dengan mendakwa tiada orang  mahu mendengar dia menyanyi kerana faktor usia.
Mangsa difahamkan mengalami tekanan perasaan ekoran masalah kesihatan dan kemurungan yang dihadapinya .
Malah difahamkan mangsa sebelum itu,pernah cuba membunuh diri dengan meminum arak dan juga mengambil beberapa pil yang tidak diketahui jenisnya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris mengesahkan menerima laporan berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, lapor Astro Awani.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger