Home » » Robot Titanic teroka MH370

Robot Titanic teroka MH370


London: Pengarah filem dan peneroka laut dalam James Cameron sedia menawarkan robot penyelam yang digunakan untuk meneroka kapal Titanic bagi memeriksa bangkai pesawat MH370 jika ia ditemui di dasar Lautan Hindi.

Menurutnya, robot penyelam yang dikawal kabel optik gentian boleh membantu meneroka serpihan bangkai pesawat.
Kaedah ini pernah diguna ketika penerokaan bahagian dalaman bangkai Titanic di Lautan Atlantik Utara bagi penyelidikan filem `box office’ yang ditayangkan pada 1997, kata Cameron.

Pengarah dari Kanada itu menyelam ke lokasi berkenaan sebanyak 12 kali sebagai persediaan untuk penggambaran filem terbabit.
Namun, Cameron tidak berhasrat untuk terlibat dalam operasi pencarian pesawat MH370.


"Saya sedia menawar bantuan jika penggunaan sistem robotik kecil seperti ini diperlukan.

“Namun, ia hanya boleh digunakan apabila serpihan ditemui dan dirakam,” katanya.

Cameron juga pernah menyelam di jurang dalam laut terdalam di dunia iaitu Jurang Mariana yang terletak di Lautan Pasifik antara Filipina dan Jepun pada 2012.

Selaman membabitkan kedalaman 10,911 meter itu dibuat bagi menjayakan dokumentari Deepsea Challenger terbitan National Geographic yang dibiayainya. - Bloomberg News
--hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger