Home » » Tangan, kaki hancur digilis kereta api

Tangan, kaki hancur digilis kereta api


Gemas – Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kereta api membawa muatan simen di Kilometer 558.74, arah selatan berhampiran Stesen Keretapi Gemas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.45 malam, mangsa yang berusia 50-an dipercayai tergelincir ke landasan ketika melintasinya.
Difahamkan, sebelum kejadian, pemandu lokomotif membunyikan hon berulang kali sebaik menyedari mangsa berada terlalu hampir dengan laluan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, mangsa diseret sejauh 50 meter dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala tangan dan kakinya hancur digilis.
“Pemandu kereta api kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.
Kami mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
“Kami tidak menemui dokumen peribadi mangsa pada dirinya.
Ketika kejadian, mangsa memakai kemeja lengan pendek biru, berseluar panjang hitam selain mempunyai tatu bentuk hati di bahu kiri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pihaknya mengenal pasti waris mangsa manakala individu yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Huzaimi Abd Rashid di talian 09-9481221, lapor myMetro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger