KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Telefon Tian Chua disita
Kuala Lumpur: Polis mengesahkan pihaknya ada menahan dan menyita telefon bimbit milik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di sini, pada jam 7.45 malam kelmarin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari JSJ Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) menahan Tian Chua di sebuah hotel di Petaling Jaya.
“Telefon bimbit miliknya itu disita berdasarkan siasatan polis di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948.
“Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Chow Kit pada 8 Mac lalu terhadap laman sosial Twitter miliknya yang disifatkan berbaur hasutan,” katanya.
Khairi berkata, penahanan itu hanya untuk melaksanakan waran bagi melakukan pemeriksaan telefon bimbit miliknya.
“Polis mengesahkan Tian Chua tidak ditangkap dan dibawa ke IPKKL untuk disoal siasat sebagaimana didakwa.
“ Tian Chua hanya ditahan di tempat kejadian bagi menerangkan maksud waran pemeriksaan yang diperoleh daripada Mahkamah,” katanya.
Labels:
Politics
Catat Ulasan