KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Tujuh kenderaan mangsa khianat
Kajang: “Saya tidak tahu apa motif ‘hantu cat’ terbabit melakukan perbuatan khianat ini. Kereta yang diletakkan di sini tidak menghalang laluan kenderaan lain,” kata seorang pemilik kereta, Liew, 20-an, yang kecewa berikutan kenderaannya disembur cat hijau di Taman Bukit Mewah di sini, semalam.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 8 pagi apabila pemilik tujuh kenderaan yang diletakkan di situ ingin keluar bekerja.
Dia yang juga pelajar sebuah kolej swasta di Kajang mendakwa terkejut apabila mendapati kereta Proton Saga miliknya disembur cat hijau.
“Saya baru ingin keluar menghadiri kuliah. Namun saya terkejut melihat bahagian pintu kanan dan cermin hadapan kenderaan dipenuhi cat berwarna hijau,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Liew, selain keretanya, terdapat kira-kira enam kereta lain model Proton Pesona, Honda Accord dan Nissan turut mengalami nasib sama.
Katanya, kejadian khianat itu kemungkinan berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi semalam berikutan kawasan itu sunyi dan tiada penghuni yang melalui kawasan itu.
“Semua pemilik kenderaan bagaimanapun masih belum membuat laporan polis dan hanya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan dan pengawal keselamatan pangsapuri didiami.
“Sebelum ini kenderaan yang diletakkan di kawasan itu dikawal oleh pengawal keselamatan pangsapuri, namun khidmat mereka dihentikan berikutan masalah dengan pihak pengurusan pangsapuri,” katanya.
Menurutnya, tiada saksi yang melihat kejadian khianat itu dilakukan dan kebanyakan mereka percaya ia dilakukan oleh warga tempatan. --Hmetro
Labels:
crime
Catat Ulasan