KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Tercampak bertembung jentolak
Alor Gajah: Seorang kakitangan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan jentolak di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa Mohd Rais Othman, 36, yang menunggang motosikal Honda EX5 maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala pembonceng, seorang lelaki berusia awal 30-an parah.
Mohd Rais yang menetap di Kampung Pulau, di sini, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar pusat bandar bersama rakan sebelum motosikal dinaiki terbabit kemalangan.
Kemalangan berlaku selepas motosikal ditunggang Mohd Rais dipercayai hilang kawalan lalu merempuh jentolak dari arah bertentangan menyebabkan mangsa dan pembonceng tercampak ke atas jalan.
Akibat kejadian itu, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Penduduk dikenali Rahim, 50-an, berkata, dia terdengar dentuman kuat ketika makan tengah hari bersama keluarga di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian sebelum keluar meninjau. --Hmetro
Labels:
Disaster
Catat Ulasan