1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Wanita trauma payudara diramas rakan sekerja
IPOH – Seorang jurujual wanita trauma dicabul rakan sekerjanya dengan memeluk dan meramas payudaranya dalam kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun dipercayai sedang bersiap untuk pulang sebelum rakannya itu datang menghampiri dan mencabulnya.
Menurut sumber, pada keesokannya rakan lelakinya itu mengulangi perbuatan sama sehingga mangsa takut ke tempat kerja.
“Sebelum ini, lelaki terbabit pernah meminta mangsa untuk menciumnya namun tidak dilayan. Mungkin disebabkan ‘dendam’ lelaki itu bertindak mencabul mangsa. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bercham sebelum dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan itu, lapor Sinar Harian.
Labels:
crime


Catat Ulasan