KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
"Zikir Raba" Dalam Gelap ?? Versi Disco Ajaran Mana Pulak NI???
BUDAYA mengalunkan qasidah ketika ini dilihat semakin mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai khususnya melalui penganjuran Malam Selawat Perdana dan Malam Cinta Rasul di negara ini.
Biasanya alunan qasidah ini dipelopori oleh Habib Syech As Seggaf yang berasal Pasar Kliwon di daerah Surakarta di Indonesia.
Penganjuran majis sama turut diadakan di beberapa lokasi lain secara persendirian.
Antara alunan qasidah yang popular ialah Ya Hanana yang bermaksud ‘Betapa Beruntungnya Kami’ yang mana ia dialunkan di majlis-majlis kesyukuran dan juga perkahwinan.
Bagaiamanpun tersebar di laman sosial ialah alunan Ya Hanana dalam gaya yang pelik bercirikan ala-ala disko.
Ia dilihat dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook. Video berkenaan menunjukkan gelagat sekumpulan wanita di dalam satu dewan ketika mengalunkan qasidah berkenaan.’
Ia dialunkan mereka dalam suasana gelap seperti disko dan turut menghayunkan sejenis alat yang memantulkan cahaya yang biasa digunakan dalam pusat hiburan ketika mengalunkan qasidah berkenaan.
Sudah pasti jika mengalunkan sesuatu berkenaan Islam tetapi mengikut gaya kehidupan Barat yang menyeleweng, ia pasti melanggar syarat-syarat dalam Islam.
Lebih-lebih lagi apabila ia diadakan dalam suasana gelap dan kelam.
Tidak dapat dipastikan kumpulan apakah yang mengalunkan qasidah berkenaan. Pemerhatian awal penulis ia adalah seperti sebahagian satu program seminar atau kursus yang diadakan dalam sebuah dewan.
Tindakan pihak penganjur memaparkan pula nama kelab malam terkenal di Kuala Lumpur, “Zouq” di atas paparan skrin besar di pentas juga tidak diketahui motifnya, adakah hendak mewujudkan suasana sama dengan Zouq dengan cara sebegitu?
Banyak cara untuk membawa golongan muda dekat dengan Rasulullah atau Islam, kalau dengan menyamakan disko dengan agama penulis rasa ia agak tidak sesuai. –MYNEWSHUB.MY
Labels:
Video
Catat Ulasan