Home » » ADUN Bebas dua hari, Ahmad Said kembali ke pangkuan UMNO

ADUN Bebas dua hari, Ahmad Said kembali ke pangkuan UMNO


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kembali menyertai UMNO selepas mengumumkan keluar parti kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Said kepada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui panggilan telefon dan turut memohon maaf kepada perdana menteri di atas tindakannya itu.

Perkembangan ini disahkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Ahmad Said juga dijangka mengadakan sidang media hari ini.

Memetik laporan Bernama, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata bahawa Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, turut berjanji untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Mohd Jidin, ADUN Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, juga telah memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Terengganu menjadi tumpuan selepas beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi wakil Bebas.

Bagaimanapun, Roslee menarik kembali surat keluar daripada UMNO pada petang Selasa dan kembali menjadi wakil rakyat BN menjadikan BN kini memegang 16 kerusi termasuk kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/adun-bebas-dua-hari-ahmad-said-dan-ghazali-kembali-sertai-umno-35802?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger