Home » » Polis Terengganu Cari 6 Lelaki Dari Besut Bantu Siasatan

Polis Terengganu Cari 6 Lelaki Dari Besut Bantu Siasatan


KUALA TERENGGANU - Polis mencari seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai terlibat dalam dua kes bunuh dan satu kes culik serta enam individu lain kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek dikenal sebagai Kri Pok Jeng atau Syukri Mohamad Abiah beralamat di Felda Bukit Goh, Kuantan.

“Suspek dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung dua kes bunuh di Kemaman dan Marang dan satu kes culik di Kuala Terengganu,” katanya.

Menurut Manoharan, enam lagi suspek yang dikehendaki polis ialah Mohd Amir Che Ya, 26; Ismail Mustafa,28; Mohd Zainuddin Rosdi, 25; Shamsueffendi Mohammad, 34; Wan Nazri Wan Junaidi, 32 dan Ismail Deraman, 48.

Beliau berkata, JSJ negeri sebelum ini melancarkan Ops Cantas Khas terhadap beberapa suspek yang terlibat jenayah kekerasan sejak 2012 dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Baki enam suspek yang semuanya dari Besut ini terlibat dalam kes mendatangkan cedera, cedera parah dan pernah melakukan kesalahan jenayah serta berjaya menyembunyikan diri.

“Mereka dipercayai samseng tempatan dan dilindungi ahli keluarga dan rakan. Beberapa serbuan dilakukan di kediaman suspek, namun mereka berjaya meloloskan diri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai dan ahli keluarga membantu polis dengan memberi maklumat berhubung lokasi kesemua suspek terlibat.

“Orang ramai yang mengetahui atau mengenali individu terbabit diminta menghubungi atau tampil ke balai polis berhampiran bagi memberikan maklumat,” katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger