KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Anggota trafik nyaris maut
Sungai Petani – Seorang anggota polis trafik nyaris maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta dinaiki tiga lelaki ketika cuba menahan suspek disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri besi di Pekan Baru, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari di kawasan rumah kedai menyebabkan mangsa berusia 50 tahun cedera ringan pada lutut dan kaki akibat terjatuh manakala motosikal berkuasa tinggi dinaikinya terperosok ke dalam longkang.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda Deputi Superintendan Ahmad Kamil Ahmad berkata, anggota trafik itu membuat tinjauan di lokasi terbabit dan dan mendapati sebuah kereta Toyota LE dinaiki tiga lelaki berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran bangunan rumah kedai itu, namun kehadiran anggota trafik terbabit disedari suspek sebelum bertindak melarikan diri.
“Ketika cuba melarikan diri, suspek bertindak melanggar motosikal dinaiki anggota polis trafik terbabit,” katanya. menyebabkan motosikalnya hilang kawalan lalu termasuk ke dalam longkang berhampiran,” katanya.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera ringan di kaki dan lutut.
“Suspek kemudian melarikan diri, tetapi dikejar oleh anggota trafik lain dengan dibantu anggota cawangan jenayah sehingga ke Kampung Penghulu Him sejauh tujuh kilometer sebelum seorang daripada mereka berjaya ditahan,” katanya, lapor myMetro.
Labels:
Headlines
Catat Ulasan