KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Benarkah Ada Sindiket Penjualan Organ Di Malaysia?
Terkesan kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui media sosial dan aplikasi ‘Whatsapp’ yang mendakwa bahawa wujud taktik jenayah terbaru melibatkan sindiket penjualan bahagian badan/organ manusia.
Kenyataan bahawa mangsa diculik dan dibunuh serta diceraikan seluruh anggota badannya untuk dijual adalah TIDAK BENAR.
Gambar yang dipaparkan juga tidak ada kena mengena dengan mana-mana kes jenayah di Malaysia dan diambil dari sebuah blog luar negara.
DRM ingin mengingatkan masyarakat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat/info yang diragui kesahihannya kerana ia boleh mendatangkan ketakutan kepada masyarakat.
Tindakan menyebar berita atau maklumat palsu adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
ACP Datin Asmawati bt Ahmad
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
--MYNEWSHUB
Labels:
Headlines
Catat Ulasan