SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
DAP perlu meminta maaf kepada rakyat – Mei Fun
KUALA LUMPUR - DAP perlu bertanggungjawab dan meminta maaf kepada rakyat atas tindakan mereka dalam merealisasikan cita-cita Pas untuk melaksanakan hudud.
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, parti itu juga harus meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menunjukkan pendirian mereka dalam menolak hudud.
Malah, katanya, Timbalan Ketua Eksekutif Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa Malaysia (IAIS) Prof Amizul Tunizar Ahmad Termizi berkata, sebaik sahaja hudud dilaksanakan, ia akan terpakai bukan sahaja kepada umat Islam tetapi bukan Islam juga.
Jika tidak, pelaksanaan hudud akan menjadi tidak adil.
“Penyataan Amizul Tunizar adalah mengejutkan dan ia membuatkan orang tertanya-tanya jika kenyataannya mewakili pemikiran majoriti orang Islam.
“Dalam erti kata lain, tidak kira bagaimana Pas dan DAP menegaskan bahawa undang-undang teokratik hanya untuk orang Islam, ini hanya pembohongan untuk meraih undi,” katanya.
Mei Fun berkata, Pas dan DAP cuba secara berterusan untuk mengelirukan rakyat dan ia hanya akan menyebabkan negara ini mempunyai dua perundangan jenayah di masa depan.
“Kita sudah mempunyai dua jenis mahkamah yang telah mencetuskan pelbagai masalah untuk rakyat. Ini membuktikan bahawa satu set undang-undang yang tidak melibatkan satu pihak lain adalah penjelasan tidak masuk akal.
“Dua undang-undang jenayah yang berbeza pasti akan melanggar hak bukan Islam. Bagaimana boleh satu set undang-undang tidak mengganggu lain apabila kita hidup dalam persekitaran yang sama?” katanya.
Beliau berkata konflik penukaran agama adalah bukti terbaik di mana tiada seorang pun terlepas daripada dua jenis badan kehakiman dan DAP serta Pas tidak bertanggungjawab kerana mengelirukan rakyat.
“DAP mendakwa jika seseorang tidak merompak dan mencuri, hudud tidak akan menjejaskan bukan Islam.
“Parti itu perlu memohon maaf kepada rakyat. Malangnya, kami tidak melihat DAP mengambil apa-apa tindakan praktikal untuk menghentikan Pas dari pembentangan Rang Undang-undang bahkan terus menyalahkan MCA mengenai isu ini,” ujarnya, lapor TRP.
Labels:
Politics
Catat Ulasan