Home » » GAMBAR: Hantu Ikut Sengih Bila Diambil Foto

GAMBAR: Hantu Ikut Sengih Bila Diambil Foto


Seorang pelayar laman web Stomp berkongsi satu gambar yang didakwanya seram dan tidak diedit.

Dalam gambar tersebut, pengirim yang dikenali sebagai Sljl mendakwa kelibat satu entiti terakam secara tidak sengaja ketika dia mengambil gambar rakannya dalam kenderaan yang disewa oleh mereka pada hujung minggu lalu.

Entiti yang duduk di bahagian belakang kenderaan tersebut kelihatan meniru aksi rakannya di kerusi depan dan tersenyum memandang kamera.

Selepas melihat gambar tersebut, mereka kemudiannya menyedari sebelum itu kenderaan tersebut ada dipandu melalui satu kawasan perkuburan.

Apa pun, kami rasa pengirim gambar ini patut bersyukur makhluk halus ini hanya menunjukkan diri dalam gambar dan bukan secara depan-depan.

Betul tak? - REM RAMZI / MYNEWSHUB
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger