SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Kepala, badan hilang
Georgetown: Penemuan mayat lelaki tanpa kepala dan badan hanya tinggal dari aras pinggang ke bawah menimbulkan misteri apabila terdampar di tepi pantai Sungai Pinang, Jelutong di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam apabila polis menerima maklumat awam mengenai penemuan mayat mangsa sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan mangsa dikenali sebagai S Moneymaran, 50, dari Bandar Baru Air Itam.
Beliau berkata, pengesahan identiti mangsa diperolehi berdasarkan kad pengenalan mangsa ditemui dalam poket seluar namun siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa.
Katanya, siasatan awal mendapati badan mangsa termasuk termasuk pergelangan kaki sudah reput dan hanya tinggal tulang manakala seluar jean yang dipakai turut reput.
--HMETRO
Related Articles
Labels:
Headlines
Catat Ulasan