SHAH ALAM – Berita kes seorang gadis remaja 15 tahun dirogol oleh 38 lelaki di Kelantan menjadi berita antarabangsa apabila disiarkan beberapa portal berita dunia.
Kes itu dilaporkan media antarabangsa, Al-Jazeera, agensi berita Reuters dan huffingtonpost.com dan Irish Independent.
Kejadian itu berlaku apabila seorang gadis dipujuk memasuki sebuah rumah kosong yang menjadi tempat penagihan dadah di Kelantan 20 Mei lalu.
Semua lelaki itu bergilir-gilir merogol gadis itu. Polis juga menyiasat sama ada rakannya yang berusia 17 tahun juga dirogol.
Sehingga kini polis menahan 13 lelaki dan sedang memburu yang lain. Hampir semua lelaki itu positif dadah dalam ujian air kencing mereka.
Turut mendapat perhatian berita antarabangsa adalah isu coklat Cadbury yang terdapat pencemaran DNA khinzir seperti mana yang disahkan Kementerian Kesihatan.
Media antarabangsa juga memberikan liputan berkenaan reaksi masyarakat Islam berhubung isu itu yang menganjurkan ‘jihad’ terhadap Cadbury.
Pada 24 Mei lalu, dua produk cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan mengandungi DNA babi, lapor Selangorkini.
Catat Ulasan