Home » » Lebih 2,000 Disahkan Terbunuh Di Afghanistan Sebab Tanah Runtuh timbus kampung

Lebih 2,000 Disahkan Terbunuh Di Afghanistan Sebab Tanah Runtuh timbus kampung


KABUL – Lebih 2,100 orang disahkan terkorban selepas tanah runtuh melanda perkampungan terpencil di timur laut Afghanistan, kata jurucakap gabenor daerah, hari ini.

“Lebih 2,100 orang daripada 300 keluarga terkorban,” kata jurucakap pejabat Gabenor Badakhstan, Naweed Forotan.

Ketika ini operasi menyelamat dijalankan bagi mencari penduduk kampung yang mungkin tertimbus.

Pasukan kecemasan yang pertama tiba di tempat kejadian ialah dari wilayah Badakhshan sudah mula menggali di celah batu dan lumpur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan tentera diketuai Nato juga bergegas untuk memperbaiki kerosakan dan menghulurkan bantuan.

Dilaporkan kejadian tanah runtuh berpunca daripada hujan yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger