KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Mati tergantung di pokok
PASIR GUDANG – Seorang tukang kebun sekolah ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran sebuah surau, di sini, pada pagi Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, pihak polis menerima panggilan telefon kira-kira jam 7.40 pagi daripada orang awam yang menemui mayat dalam keadaan tergantung di sebatang pokok.
Menurutnya, mangsa merupakan seorang tukang kebun di sebuah sekolah sejak dua bulan lalu.
Mohd Roslan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan telah dijalankan bedah siasat pada jam 3 petang hari yang sama.
“Mangsa telah dikebumikan pada petang hari yang sama.
“Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya, lapor Sinar Harian.
Labels:
Headlines
Catat Ulasan