KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Maut di di timpa Pokok tumbang di Jalan Kepong,
KUALA LUMPUR: Sebuah pokok tumbang di Jalan Development Kepong Metro Prima pada pukul 6:02 petang, hari Sabtu menyebabkan seorang maut.
Namun menurut pihak bomba, mangsa meninggal dunia bukanlah disebabkan dihempap pokok tetapi mungkin kerana terkejut atau masalah kesihatan.
Mangsa yang ditemui maut di tempat kejadian merupakan seorang wanita berbangsa Cina berusia 42 tahun.
Pegawai Operasinya, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Razi Mohd Zin memberitahu bahawa pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Jinjang telah ke tempat kejadian sekitar jam 6:14 petang.
“Kejadian berlaku berkemungkinan disebabkan hujan lebat petang tadi namun tiada kerosakan harta benda dilaporkan” katanya lagi ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pokok tersebut tumbang di bahu jalan.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pokok-tumbang-di-jalan-kepong-seorang-maut-35178?cp
Labels:
Disaster
Catat Ulasan