KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370: MAS sudah hubungi keluarga untuk proses penyaluran pendahuluan pampasan
KUALA LUMPUR: Perwakilan daripada Penerbangan Malaysia (MAS) telah berhubungan dengan waris dan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac lalu untuk proses penyaluran pendahuluan pampasan.
Dalam satu kenyataan media, MAS menyatakan bahawa langkah ini bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak waris dan ahli keluarga penumpang pesawat tersebut dalam kewangan mereka.
“Ianya juga tidak akan menjejaskan hak mereka untuk membuat tuntutan terhadap pampasan mereka selepas ini dan ianya akan dikira pada ganti rugi akhir nanti,” menurut MAS.
MAS turut menjelaskan bahawa berkenaan dengan perkara ganti rugi ini adalah sesuatu yang akan kekal sebagai sulit dan segala butirannya tidak akan dibincangkan secara terbuka demi menjaga dan menghormati waris dan ahli keluarga penumpang pesawat tersebut.
Semalam MAS memberitahu setiap waris terdekat penumpang MH370 warga China akan diberi bayaran pendahuluan pampasan.
Kenyataan tersebut yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido pada Jumaat, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mas-sudah-hubungi-keluarga-untuk-proses-penyaluran-pendahuluan-pampasan-35138?cp
Labels:
MH370
Catat Ulasan