SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Murid tahun 4 dikhuatiri lemas di Sungai Pahang
KUANTAN: Seorang murid lelaki tahun empat dikhuatiri lemas semasa mandi bersama dua rakannya di Sungai Pahang dekat Ulu Perting, Bentong hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor, berkata kejadian kira-kira jam 3 petang tadi itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan Perting, Bentong, Ngai Ji Hong, 10.
"Ketika kejadian mangsa sepatutnya menghadiri kelas tambahan, namun dilaporkan telah pergi ke sungai berkenaan untuk mandi bersama dua rakannya.
(Gambar Atas Sekadar Hiasan)
"Bagaimanapun, semasa sedang mandi mangsa tiba-tiba lemas dan melihat keadaan itu rakan mangsa kemudiannya bertindak meminta pertolongan orang awam sebelum melaporkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, sebaik menerima panggilan, polis bersama anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.
Bagaimanapun, katanya, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan lewat petang tadi dan akan disambung esok.
Sementara itu, Mohamad Nor berkata usaha mencari dan menyelamat pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Sean Ng, 15, yang lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Gapoi kira-kira 22 kilometer dari perkampungan Orang Asli Telemong dekat Bentong, Sabtu lepas masih diteruskan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa yang beralamat di Taman Melawati, Kuala Lumpur dilaporkan telah pergi berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama 11 lagi rakannya sebelum lemas dalam kejadian itu.
- BERNAMA
Labels:
Disaster
Catat Ulasan