SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
URUTAN PERISTIWA KEHILANGAN PENERBANGAN MH370
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pencarian pesawat milik Malaysia Airlines
(MAS) Penerbangan MH370 memasuki hari ke-59 hari ini, yang menyaksikan Malaysia
dan beberapa negara mempertimbang fasa baharu operasi di dasar Lautan Hindi.
Fokus pencarian kini beralih ke dasar laut selepas usaha pencarian dari
udara, permukaan dan dalam air gagal menjumpai pesawat malang itu.
Berikut kronologi insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)
Penerbangan MH370:
* 8 Mac (Hari 1) - Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41
tengah malam dan hilang dari radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di
Laut China Selatan. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30
pagi hari yang sama.
- Penumpang terdiri daripada 38 rakyat Malaysia, China (153), Indonesia
(tujuh), Australia (tujuh), India (lima), Perancis (tiga), Amerika Syarikat
(tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali
(satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu).
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat jenis Boeing 777-200ER
digerak pada 5.30 pagi dengan fokus di kawasan Laut China Selatan.
* 9 Mac (Hari 2) - Radar tentera menunjukkan kemungkinan sebuah pesawat yang
tidak dapat dikenal pasti melakukan 'air turn back'.
- Satelit negara China mencerap imej objek berkemungkinan mempunyai kaitan
dengan pesawat yang hilang itu di Laut China Selatan.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 2 KUALA LUMPUR
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjumpai tompokan minyak
yang besar 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.
- Dua penumpang pesawat malang itu didapati menggunakan pasport palsu Itali
dan Austria.
* 10 Mac (Hari 3) - APMM mengesahkan tompokan minyak yang ditemui adalah
minyak tangki bagi kapal kargo dan bukan minyak pesawat.
* 11 Mac (Hari 4) - Operasi SAR diperluas ke Selat Melaka berikutan terdapat
kemungkinan pesawat itu melakukan 'air turn back'.
- Polis Diraja Malaysia dan Interpol mendedahkan dua penumpang lelaki yang
menggunakan pasport curi adalah warga Iran iaitu Pouria Nour Mohammad Mehrdad,
19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29, yang disahkan tidak mempunyai kaitan
dengan kumpulan pengganas.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 3 KUALA LUMPUR
* 12 Mac (Hari 5) - Operasi SAR diperluas ke selatan Thailand dan Laut
Andaman.
* 13 Mac (Hari 6) - Tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan yang
imejnya dicerap satelit China pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS
yang hilang. Pihak berkuasa China turut berkata berlaku kesilapan ketika
mengeluarkan imej berkenaan.
* 14 Mac (Hari 7)- Operasi SAR diperluas ke Lautan Hindi.
* 15 Mac (Hari 8) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan
pesawat yang dikesan melakukan 'air turn back' oleh radar utama ialah
Penerbangan MH370.
- Operasi SAR memfokus kepada koridor utara, yang merentangi kawasan dari
sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand, dan koridor
selatan, yang merentangi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 4 KUALA LUMPUR
- Transponder dan sistem komunikasi Penerbangan MH370 ditutup ketika pesawat
itu tiba di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia di antara kawasan kawalan
trafik udara Malaysia dan Vietnam.
- SAR menamatkan operasi di Laut China Selatan.
* 16 Mac (Hari 9) - Tiada wang tebusan diminta oleh mana-mana pihak.
- Polis menyiasat semua kakitangan dan jurutera MAS yang mengendali pesawat
MH370.
- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan insiden
kehilangan pesawat itu memfokus kepada empat bidang iaitu kemungkinan rampasan,
sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah peribadi
mereka.
- Polis merampas sebuah simulator penerbangan buatan sendiri dari rumah
Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370.
* 17 Mac (Hari 10) - Operasi besar-besaran SAR yang membabitkan 26 negara
bermula di koridor utara dan selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu
nautika.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 5 KUALA LUMPUR
* 18 Mac (Hari 11) - Operasi SAR memfokus kepada empat tugasan iaitu
mengumpul maklumat pemantauan satelit; analisis pemantauan data radar;
menambah aset udara dan permukaan laut serta jumlah pakar teknikal dan subjek
berkaitan.
- Laporan berita asing mendakwa pesawat yang hilang dilihat terbang rendah
di ruang udara Maldives.
* 19 Mac (Hari 12) - Pihak berkuasa Malaysia menafikan dakwaan itu.
* 20 Mac (Hari 13) - Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan
Najib berkaitan objek yang mungkin mempunyai hubung kait dengan MH370, telah
dikesan di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.
* 21 Mac (Hari 14) - Australia meneruskan pencarian dua objek yang gambarnya
diambil oleh sebuah satelit.
* 22 Mac (Hari 15) - Satelit China mengesan satu objek terapung berukuran
22.5 meter kali 13 meter di Lautan Hindi.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 6 KUALA LUMPUR
- Tiada objek dikesan pihak berkuasa Australia kira-kira 2,500 kilometer di
barat daya Perth.
* 23 Mac (Hari 16) - Imej baharu satelit milik pihak berkuasa Perancis
menunjukkan objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 di koridor
selatan.
* 24 Mac (Hari 17) - Najib mengumumkan data yang dikeluarkan satelit
Inmarsat milik Britain merumuskan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER
yang hilang berakhir di selatan Lautan Hindi iaitu di barat Perth.
- Tiada bukti objek berpotensi yang dicerap satelit Perancis adalah serpihan
pesawat MH370.
* 25 Mac (Hari 18) - Operasi SAR memfokus di selatan Lautan Hindi berikutan
petunjuk terbaharu dan pencarian di koridor utara dihentikan.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 7 KUALA LUMPUR
* 26 Mac (Hari 19) - Imej baharu satelit mencerap 122 objek berpotensi yang
mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 kira-kira 2,557 kilometer dari
Perth.
* 27 Mac (Hari 20) - Satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan
Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.
* 28 Mac (Hari 21) - Operasi SAR dipergiat bagi mengesan serpihan yang
mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
* 29 Mac (Hari 22) - Kementerian Pengangkutan mewujudkan panel antarabangsa
bagi menyiasat insiden kehilangan MH370.
* 30 Mac (Hari 23) - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata
beberapa objek yang diperoleh Kapal HMAS Success dan Haixun 01 telah diperiksa
dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 8 KUALA LUMPUR
* 31 Mac (Hari 24) - Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir
antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat MH370 pada jam 0119 (waktu
Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong".
* 1 April (Hari 25) - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh
komunikasi antara MH370 dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur, yang
tidak menunjukkan terdapat sebarang keganjilan.
* 2 April (Hari 26) - Polis mendapati kesemua penumpang pesawat yang hilang
"bersih" daripada elemen rampasan, sabotaj dan masalah psikologi serta peribadi
namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan
pembantu juruterbang.
* 3 April (Hari 27) - Najib berkunjung ke Australia bagi mengucapkan terima
kasih kepada rakan sejawatan beliau dan mereka yang terbabit dalam operasi
mencari bangkai pesawat itu.
* 4 April (Hari 28) - Pencarian MH370 memasuki fasa baharu dengan pendekatan
operasi dalam air di selatan Lautan Hindi bagi mengesan pinger kotak hitam
pesawat MH370.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 9 KUALA LUMPUR
* 5 April (Hari 29) - Hishammuddin mengumumkan Malaysia akan menubuhkan satu
pasukan penyiasat bebas terdiri daripada kumpulan layak terbang, kumpulan
operasi dan kumpulan perubatan serta faktor manusia, bagi menyiasat kehilangan
Penerbangan MH370.
- Kerajaan Malaysia mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri bagi
memperkemas dan memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat.
- Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01,
mengesan dua isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
* 6 April (Hari 30) - Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan
Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu
nautika dari isyarat detik yang dikesan Haixun 01.
* 7 April (Hari 31) - Ocean Sheild mengesan dua isyarat detik dengan yang
pertama selama dua jam 20 minit dan yang kedua, 13 minit.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 10 KUALA LUMPUR
* 8 April (Hari 32) - Pencarian dipergiat susulan petunjuk baharu.
* 9 April (Hari 33) - Pakar Amerika dan Australia mengesahkan isyarat detik
yang dikesan di selatan Lautan Hindi adalah daripada sejenis alat buatan manusia
dan bukan bunyi semula jadi dari laut berikutan frekuensinya.
* 10 April (Hari 34) - Sebuah pesawat Australia mengesan satu isyarat
berpotensi ketika mengendali pencarian akustik bagi pesawat MH370 yang hilang di
selatan Lautan Hindi.
* 11 April (Hari 35) - Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengesahkan
bahawa isyarat yang dikesan pesawat AP-3C Orion milik Australia semalam di
kawasan pencarian selatan Lautan Hindi tidak mempunyai kaitan dengan alat
pengesan mata arah bawah air sebuah pesawat.
* 12 April (Hari 36) - Ocean Shield meneruskan pencarian di dasar laut
menggunakan alat pengesan pinger bagi mengesan isyarat lanjut yang mempunyai
kaitan dengan kotak hitam pesawat.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 11 KUALA LUMPUR
* 13 April (Hari 37) - Ocean Sheild mengesan tompokan minyak di selatan
Lautan Hindi.
* 14 April (Hari 38) - Kenderaan dalam air autonomous (AUV) Bluefin-21
digunakan dalam operasi pencarian pesawat MH370.
* 15 April (Hari 39) - Data yang dikumpul selama kira-kira enam jam oleh
Bluefin-21 diambil dan dianalisis.
* 16 April (Hari 40) - Tiada objek yang mempunyai kepentingan ditemui
daripada data yang dikumpul Bluefin-21 dalam misi pertamanya pada 14 April bagi
membantu mengesan bangkai pesawat MH370, kata JACC.
* 17 April (Hari 41) - Tompokan minyak yang dikesan Ocean Shield didapati
bukan cecair hidrolik atau enjin pesawat, kata JACC.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 12 KUALA LUMPUR
* 18 April (Hari 42) - Bluefin-21 meneruskan misi pencarian.
* 19 April (Hari 43) - Bluefin-21 meneruskan misi pencarian.
* 20 April (Hari 44) - Tiada objek yang mempunyai kaitan ditemui, kata JACC
* 21 April (Hari 45) - Pencarian secara visual disambung dengan pesawat
serta kapal digerakkan semula ke selatan Lautan Hindi manakala Bluefin-21
meneruskan misinya.
* 22 April (Hari 46) - Pencarian udara diteruskan meskipun Taufan Tropika
Jack melanda selatan Lautan Hindi.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 13 KUALA LUMPUR
* 23 April (Hari 47) - Bahan yang tidak dikenali dijumpai di pantai
kira-kira 10 kilometer di timur Augusta, 322 kilometer di selatan Perth.
- Pencarian udara ditangguh berikutan cuaca buruk.
* 24 April (Hari 48) - Bahan yang ditemui di Augusta disahkan bukan daripada
bangkai pesawat MH370.
* 25 April (Hari 49) - Pencarian udara dan dalam air diteruskan.
* 26 April (Hari 50) - Bluefin-21 berdepan masalah teknikal
* 27 April (Hari 51) - Tiada perkembangan terbaharu dilaporkan.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 14 KUALA LUMPUR
* 28 April (Hari 52) - Operasi pencarian bawah air memasuki fasa baharu
dengan tumpuan kepada kawasan di dasar laut diperluas.
* 29 April (Hari 53) - Terdapat dakwaan bangkai pesawat MH370 mungkin
ditemui di Teluk Benggala, Bangladesh.
* 30 April (Hari 54) - Hishammuddin mengumumkan laporan awal berhubung
kehilangan Penerbangan MH370 akan dikeluarkan esok.
* 1 Mei (Hari 55) - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan laporan awal
berhubung kehilangan Penerbangan MH370 termasuk senarai kargonya dan rakaman
audio antara kokpit pesawat itu dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur.
* 2 Mei (Hari 56) - Hishammuddin mengumumkan Malaysia, China dan Australia
akan mengadakan mesyuarat tiga hala di Canberra pada 5 Mei.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 15 (AKHIR) KUALA LUMPUR
- MAS mengumumkan syarikat penerbangan itu akan memulakan proses pembayaran
pampasan pendahuluan kepada anggota keluarga penumpang yang menaiki Penerbangan
MH370.
- JACC mengesahkan tiada apa-apa yang ditemui di Teluk Benggala.
* 3 Mei (Hari 57) - Tiada perkembangan baharu.
* 4 Mei (Hari 58) - Tiada perkembangan baharu.
* 5 Mei (Hari 59) - Pencarian memasuki fasa baharu dengan operasi dipergiat
di dasar selatan Lautan Hindi.
-- BERNAMA
NCD MRA SNS JM SBB
05/05/2014 22-09ST
Labels:
MH370
Catat Ulasan