1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Pakatan Rakyat Pulau Pinang Tolak Hudud – Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bersetuju terhadap sebarang pelaksanaan hukum hudud di negeri itu, lapor Bernama.
“Saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan sebarang pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang.
“Saya menyebut perkara ini bukan sahaja sebagai pemimpin DAP tetapi juga sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga pendirian kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek naik taraf Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang.
http://teganukita.my/pakatan-rakyat-pulau-pinang-tolak-hudud-guan-eng/
Labels:
Politics


Catat Ulasan