KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Home
»
World News
»
Pelajar Malaysia kemalangan di Perth
Pelajar Malaysia kemalangan di Perth
Pelajar dipercayai berusia antara 10 hingga 12 dan dan dalam perjalanan ke Tasik Leschenaultia, 50 kilometer di selatan Perth, lapor Perth Now.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 7.40 malam waktu tempatan.
Laporan itu dipetik, ketika bas itu melalui Jalan Toodyay dan ia kemudiannya terbalik ke dalam parit.
Bas itu dikatakan membelok di selekoh tajam dengan laju.
Ketika kejadian, kawasan itu diliputi kabus tebal yang mengurangkan jarak penglihatan dan mungkin menyumbang kepada kemalangan itu.
Terdapat beberapa laporan yang bercanggah mengenai jumlah sebenar mereka yang di atas bas dan cedera dalam kemalangan itu.
Pihak polis bagaimanapun mengatakan terdapat 21 orang berada dalam bas – warga Indonesia dan Malaysia – yang mana 13 adalah pelajar, bersama-sama dengan lapan orang dewasa.
Polis berkata semua 13 kanak-kanak dan lapan orang dewasa, termasuk pemandu yang berasal dari Perth, telah dibawa ke hospital.
Jurucakap polis berkata, pemandu yang dikenali sebagai Ballajura, 51, dikatakan telah hilang kawalan ketika memandu dan menyebabkan bas terbabas dan bergolek.
Polis berkata, kecederaan adalah “serius tetapi tidak mengancam nyawa.”
Helikopter penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian tetapi tidak dapat mendarat kerana kabus tebal.
Sebelas ambulans telah digunakan untuk membawa mereka yang cedera dan dihantar ke tiga hospital berasingan – Hospital Margaret Puteri, Royal Perth dan Hospital Daerah Swan, lapor Sinar Harian.
Labels:
World News
Catat Ulasan