Home » » Amah Parah Dicurah Air Panas Kerana Lambat Buat Kopi

Amah Parah Dicurah Air Panas Kerana Lambat Buat Kopi


Riyadh – Seorang pembantu rumah warga Filipina mengalami kecederan melecur yang teruk selepas dicurah dengan air panas yang sedang menggelegak oleh ibu kepada majikannya, kerana lambat membancuh kopi.

Wanita berusia 23 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Fatma, hanya dibawa ke hospital selepas enam jam kejadian itu berlaku.

Dia yang mengalami kecederaan lecur di bahagian belakang dan kaki, kemudiannya menyerahkan numbor telefon sepupunya kepada kakitangan hospital dan meminta mereka menghubunginya.

Sekembalinya ke rumah majikannya, sepupunya telah mengambilnya di rumah tersebut dan dia kini berada dalam jagaan kedutaan Filipina.

Sepupunya kemudian telah memuat naik gambar Fatma dengan kecederaan parah di dalam Facebook.

Menurut sepupunya itu, Fatma hanya berada di Riyadh dalam masa dua bulan dan telah melalui pengalaman menakutkan itu.

Jelasnya, di sebalik kecederaan parah itu,dia dipaksa bekerja dan sering dipukul serta tidak diberikan makanan.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger